Salam
Seperti kalian juga... hamba Allah ini tidaak lah seperfect mane pun... solat subuh pun kadang2 tertinggal berikutan lmbt bangun... ditambah dgn tidur lambt ni
kadang2 terdedah jugak aurat... ketika men.. ternampak sedikit lutut walaupun pakai seluar tiga suku ...
cuma dlm teruk2 iman kita... sy rase perlu la kita mengingati antara satu sama laen ...
cuma skrg ni ... nampak satu situasi dikalangan rakan2 hamba dr kalangan hawa yg sering mendedahkan rambut ... bukan secara langsung... mungkin dlm gambar.... etc...
juga terdapat segelintir yg sering cabut-pasang tudung .... seperti meletakkan tudung sebagai satu hiasan dn keperluan bagi certain2 mase ... perlu diingatkan perkara tuntutan Agama tidak boleh dibuat maen... jika tidak mahu bertudung ... teruskan ... kerana nampak seperti TUDUNG ini seperti suis lampu... dipakai ketika waktu mewajibkan... akan menjatuhkan malah mencalarkan MARUAH agama itu sendiri ... SYARIAT ALLAH BUKAN BENDA YANG BOLEH DIBUAT MAIN...
disini sy ingin menyelit petikan ayat Al-Quran
Nas Pertama
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}
bacalah ... wahai sahabat... hamba rasa hamba tidak perlu mengulas/ menambah kerana AYAT AL-Quran memang sudah lengkap untuk rujukan umat Muhammad S.A.W. yakni ISLAMSEELOK-ELOKNYA ...
Nas Kedua
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]
tetapi siapalah Hamba Allah yg tak perfect ni .. nak menegur secara langsung.. pergi surau sebulan skali.... tak hafal satu Quran.... sy memang TAK PERFECT ...!!
sebagai antara termuda dlm kalangan2 yg tua.... sy berharap agar sahabat2 hamba dpt mengambil serius perkara ini .... risau rasanya ... menjadi satu trend... biar kita menjadi contoh terbaek utk bakal anak2 murid kita... dimasa akan datang ... AMIN .. ya rabbal a'lamin
tapi ... janganlah memusuhi hamba Allah ini ... sebagai seorg yg muda... sy tidak akan mengatakan ini sebgai teguran... tetapi sebagai perkongsian ilmu .. disamping membetulkan diri kita ini ...
yg ikhlas ... HAFIZ
salam ...