CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, April 11, 2009

SIFAT DAN SIKAP WANITA

Ak takde benda nak cite .... jgn la caye2 sgt ye... tapi ak rasa cam betul je ... hehe ...by d way.. this is an article that i forward from someone's blog .... LAYANZ....

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang
tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang
lain.. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya.
Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa
berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak
kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya
menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini
biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita
seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman
bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon
wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti
ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang
yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita
seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang
dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika
ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk
ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat
setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya
memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya.
Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak
mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi
dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya
mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.


5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan
dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku.
Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah
itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya
yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat
diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya
sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya
bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh.
Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah
dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan
sifat-sifat romantiknya.


7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki
,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini
sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah
tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah
menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah
mengalirkan air mata.

2 comments:

memphistopheles said...

Hmm... kita cuba usha kriteria ni. kot2 ada kat Ipsah heheheeh

memphistopheles said...

Hmm... kita cuba usha kriteria ni. kot2 ada kat Ipsah heheheeh